Senin, 11 Maret 2013

Khawarij Menggemari Perpecahan

Khawarij Menggemari Perpecahan

Khawarij tidak akan menentang atau memerangi orang-orang kafir, tetapi mereka lebih membenci dan memusuhi orang-orang Islam terutamannya yang tidak sealiran dengan pemikiran mereka. Khawarij lebih gemar menentang dan memerangi orang Islam yang benar-benar berpegang dengan manhaj Salaful Ummah. Kenyataan ini telah disabdakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

يَقْتُلُوْنَ اَهْلَ اْلاِسْلاَمِ وَيَدْعُوْنَ اَهْلَ اْلاَوْثَانِ.

“(Khawarij) akan membunuh orang Islam dan meninggalkan (membiarkan) penyembah berhala”.
[1]

Sejarah Khawarij lebih dipenuhi dengan keganasan dan pembunuhan terhadap orang-orang Islam dan pemimpinnya. Mereka telah memerangi dan membunuh kaum muslimin dan membunuh Khalifah Ali bin Abi Talib, Zubair bin Awwam dan sahabat-sahabat pilihan. Mereka akan terus mengecoh, memfitnah dan membunuh kaum muslimin kerana kekeringan ilmu. Oleh kerana itu, al-Allamah Ibnu Qayyim rahimhullah menegaskan dalam mensifatkan golongan Khawarij:

وَلَهُمْ نُصُوْصٌ قَصَّرُوْا فِى فَهْمِهَا * فَاُتُوْا مِنَ التَّقْصِيْرِ فِى الًعِرْفَانِ

“Mereka menghafal nas-nas namun dangkal pemahamannya # Sehingga mereka diberi kekurangan dalam ilmunya”.

Khawarij dulu dan sekarang gemar bertikam lidah, berbolak-balik dan bermain-main dengan nas-nas al-Quran atau hadis yang berkaitan ancaman bagi pelaku maksiat dan dosa besar, kerana mereka tidak memahami maknanya, tidak mahu kembali kepada tafsiran Salaf as-Soleh, tidak mahu kembali kepada nas-nas lain yang terdapat janji Allah tentang adanya pengampunan dan taubat bagi Si Pelaku maksiat selain kesyirikan.

Khawarij hanya mengambil satu bahagian dari agama dan meninggalkan bahagian-bahagian yang lain yang lebih penting dan utama kerana kejahilan mereka yang keterlaluan. Sebenarnya rasa semangat terhadap agama dan ingin melaksanakan tuntutannya yang berkobar-kobar tidak mencukupi kerana keduanya harus berlandaskan ilmu supaya setiap perkara dapat diletakkan pada tempat yang sewajarnya.

Bersemangat terhadap agama adalah baik tetapi mestilah dibimbing oleh para ulama melalui pengajian al-Kitab dan as-Sunnah. Kerana tidak ada yang lebih bersemangat terhadap agama dan banyak nasihatnya terhadap kaum muslimin selain daripada para sahabat. Walaupun demikian, para sahabat tetap menolak, menentang dan membunuh Khawarij kerana mereka tahu bahaya dan buruknya Si Khawarij. Contohnya, Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu dan para sahabat memerangi Khawarij, kemudian membunuh mereka dengan seburuk-buruk pembunuhan pada peristiwa “Hanran”. Peristiwa tersebut sebagai bukti kejinya Khawarij pada pandangan para sahabat. Khawarij terkenal lantaran sikap dan pendirian mereka yang menghalalkan darah dan harta kaum muslimin yang berada di luar kelompok mereka. Tindakan para sahabat membunuh Khawarij demi untuk menghapuskan mereka, memadamkan keganasan dan pengaruh mereka yang membahayakan pemerintah dan rakyat.

Begitu juga tindakan para sahabat memerangi Khawarij adalah bertujuan untuk merebut ganjaran yang dijanjikan oleh Allah dan RasulNya. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah memberikan khabar gembira dengan kebaikan dan syurga bagi sesiapa sahaja yang membunuh Khawarij. Baginda bersabda:

يَأْتِيْ فِى آخِرِ الزَّمَانِ ، قَوْمٌ حُدَثَاءُ اْلاَسْنَانِ ، سُفَهَاءُ اْلاَحْلاَمِ ، يَقُوْلُوْنَ مِنْ خَيْرِ قَوْلِ الْبَرِيَّةِ ، يَمْرُقُوْنَ مِنَ اْلاِسْلاَمِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ ، فَإِنَّمَا لَقِيْتُمُوْهُمْ فَاقْتُلُوْهُمْ ، فَإِنَّ فِيْ قَتْلِهِمْ أَجْرًا لِمَنْ قَتَلَهُمْ يَوْمَ الْقَيَامَةِ.

“Akan muncul di akhir zaman suatu kaum yang muda belia, akalnya rosak, mereka berucap dengan sebaik-baik pencinta (al-Quran), iman mereka tidak sampai melebihi tenggorokan mereka, mereka terlepas dari agama sebagaimana lepasnya anak panah dari busurnya. Di mana sahaja kamu menemui mereka, bunuhlah mereka, kerana sesungguhnya dalam pembunuhan terhadap mereka terdapat pahala di akhirat bagi orang yang membunuh mereka”.
[2]

Ali bin Abi Talib telah membunuh Khawarij untuk mencegah kejahatan mereka terhadap kaum muslimin. Wajib bagi kaum muslimin disetiap zaman sedaya yang termampu menghapuskan golongan Khawarij dengan cara menyeru mereka ke jalan Allah, sebagaimana Ali pernah mengutus kepada Khawarij anak pamannya iaitu Abdullah bin Abbas, orang yang paling alim dan penafsir al-Quran untuk berbincang dengan mereka. Berkat pertolongan Allah, kembali bersama dan taat kepada Khalifah Ali sejumlah 6000 orang. Bakinya yang tidak kembali ke jalan kebenaran, diperangi oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib berserta para sahabat untuk mencegah kejahatan dan gangguan mereka terhadap kaum muslimin.
[3]

Oleh itu, jika Khawarij menentang pemerintah dan rakyat, maka pemerintah wajib membunuh Khawarij untuk menolak dan menghapuskan niat serta kejahatan yang sentiasa mereka rancangkan, sebagaimana yang dilakukan oleh Khalifah Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu demi mentaati perintah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan menyelamatkan umat dari bala fitnah Khawarij.


[1] . H/R Bukhari (7432). Muslim (1064). an-Nasaii (2577). Abu Daud (7464)
dan ath-Thayalisi (2234).
[2] . H/R Bukhari dan Muslim.[3] . Semua teks dalam tajuk “Siapakah Yang Dinamakan Khawarij” ini dinukil (disalin) dari kitab “Lamhah ‘Anil Firaq ad-Dhalalah”. Oleh Syeikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan.

1 komentar:

daceeeakle mengatakan...

Bally's in Las Vegas opens new restaurant - JTA Hub
The Bally's 의정부 출장마사지 Las Vegas is open and excited 충주 출장샵 to 군산 출장샵 announce the opening 대전광역 출장마사지 of their 울산광역 출장마사지 new location. It's located in The Strip, near the famous Caesars Casino

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls