Senin, 11 Maret 2013

Siapakah Yang Digolongkan Sebagai Khawarij?

Siapakah Yang Digolongkan Sebagai Khawarij?

Sikap, perbuatan, tindakan dan sifat buruk Khawarij telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di dalam beberapa sabda baginda, antaranya ialah:

عَنْ اَبِيْ بَرْزَةَ اَنَّهُ قِيْلَ لَهُ : هَلْ سَمِعْتَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْكُرُوْنَ الْخَوَارِجِ ؟ فَقَالَ : نَعَمْ . سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِاُذُنِيْ وَرَاَيْتُهُ بِعَيْنَيْ اُتِيَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَالٍ فَقَسَمَهُ فَاَعْطَى مَنْ عَنْ يَمِيْنِهِ وَمَنْ عَنْ شِمَالِهِ وَلَمْ يُعْطَ مَنْ وَرَاءَ هُ شَيْئًا ، فَقَامَ رَجُلٌ مِنْ وَرَائِهِ فَقَالَ : يَا مُحَمَّدُ مَا عَدَلْتَ فِى الْقِسْمَةِ ، رَجُلٌ اَسْوَدُ مَطْمُوْمُ الشَّعْرِ ، عَلَيْهِ ثَوْبَانِ اَبْيَضَانِِ . فَغَضِبَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَضَبًا شَدِيْدًا وَقَالَ : وَاللهِ لاَ تَجِدُوْنَ بَعْدِي رَجُلاً هُوَ اَعْدَلُ مِنِّيْ ؟ . ثَمَّ قَالَ : يَخْرُجُ فِى آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ ، كَاَنَّ هَذَا مِنْهُمْ ، يَقْرَؤُوْنَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ ، يَمْرُقُوْنَ مِنَ اْلاِسْلاَمِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ سِيْمَاهُمْ التَّحْلِيْقُ لا َيَزَالُوْنَ يَخْرُجُوْنَ حَتَّى يَخْرُجُ آخِرُهُمْ مَعَ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ ، فَاِذَا لَقِيْتُمُوْهُمْ فَاقْتُلُوْهُمْ هُمْ شَرُّ الْخَلْقِ وَالْخَلِيْقَةِ.

“Dari Abu Barzah beliau ditanya: Apakah engkau mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda tentang Khawarij? Ia menjawab: Ya, aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda dengan telingaku dan melihat dengan mataku! Baginda datang dengan membawa harta, lalu baginda membahagi-bahagikannya. Maka baginda memberi kepada orang-orang yang berada di sebelah kanan dan kirinya dan tidak memberikan kapda orang-orang yang berada di belakang baginda sedikitpun. Berdirilah seorang yang berada di belakang baginda lantas berkata: Wahai Muhammad, engkau tidak adil dalam pembahagian! Dia adalah seorang lelaki yang berkulit hitam dengan rambut yang dicukur gondol dan memakai dua baju putih. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam marah dengan kemarahan yang bersangatan, kemudian bersabda: Demi Allah, kamu tidak akan mendapat seorang setelahku yang lebih adil daripadaku! Kemudian baginda bersabda lagi: Akan muncul pada akhir zaman suatu kaum seolah-olah ia dari mereka (orang-orang yang menentang kepimpinan Rasulullah). Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melebihi tenggorokan mereka, terlepas dari Islam seperti terlepasnya anak panah dari busurnya, ciri-ciri mereka ialah bercukur gondol, mereka akan sentiasa bermunculan sehingga akan keluar orang yang terakhir bersama al-Masih ad-Dajjal. Jika kamu menemui mereka maka bunuhlah mereka. Mereka seburuk-buruk makhluk dan ciptaan”.
[1]

Antara ciri-ciri besar Ikhwanul Muslimin yang diwarisi dari Khawarij ialah suka membantah, menyalahkan dan menuduh pemimpin serta orang-orang di luar kelompok mereka yang tidak disenangi sebagai tidak adil, malah dihukum kafir secara mutlak kerana mereka mendakwa pemimpin dan orang-orang di bawahnya tidak mahu berhukum dengan hukum Allah. Semua sifat-sifat Khawarij seperti mentauhidkan hukum (tauhid hakimiyah) telah digambarkan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam di dalam sabda baginda:

عَنْ اَبِيْ سَعِيْدِ الْخُدْرِيِّ قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وهُوَ يَقْسِمُ قِسْمًا اَتَاهُ ذُوْ الْخُوَيْصِرَةِ وَهُوَ رَجُلٌ مِنْ بَنِيْ تَمِيْمِ فَقَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ اِعْدِلْ . قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلِيْهِ وَسَلَّمَ : وَيْلَكَ وَمَنْ يَعْدِلْ اِنْ لَمْ اَعْدِلْ؟ قَدْ خِبْتُ وَخَسِرْتُ اِنْ لَمْ اَعْدِلُ ؟ فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ ! آئِذَنْ لِيْ فِيْهِ اَضْرِبُ عُنُقَهُ . قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: دَعْهُ فَاِنَّ لَهُ اَصْحَابًا يَحْقِرُ اَحَدُكُمْ صَلاَتَهُ مَعَ صَلاَتِهِمْ ، وَصِيَامُهُ مَعَ صِيَامِهِمْ ، يَقْرَؤُوْنَ الْقُرْآنَ لاَيُجَاوِزُ تَرَاقِيُهُمْ يَمْرُقُوْنَ مِنَ الْلاِسْلاَمِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهَمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ.

“Dari Abi Sa’id al-Khudri berkata: Ketika kami bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di suatu ketika beliau sedang membahagi-bahagikan beberapa pembahagian. Datanglah kepada baginda Zul Khuwaisirah dari Bani Tamim dan berkata: Wahai Rasulullah berlaku adillah! Baginda bersabda: Celaka engkau! Siapakah yang akan berlaku adil jika aku tidak adil, dosalah aku dan merugilah jika aku tidak berlaku adil? Maka Umar al-Khattab berkata: Wahai Rasulullah, izinkan aku untuk memenggal lehernya! Baginda bersabda: Biarkan dia, kerana dia mempunyai teman-teman yang salah seorang antara kamu akan diremehkan solatnya jika dibandingkan dengan salat mereka, dan puasanya jika dibandingkan dengan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkong mereka, mereka terlepas dari Islam sebagaimana terlepasnya anak panah dari busurnya”.
[2]

Orang-orang Khawarij, pengikut serta pentaklid fahaman ini kuat ibadahnya, kelihatan zuhud, banyak membaca al-Quran dan melakukan solat tetapi mereka masih dimurkai Allah ‘Azza wa-Jalla. Perihal dan sifat mereka telah digambarkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

يَخْرُجُ قَوْمٌ مِنْ اُمَّتِيْ يَقْرَؤُوْنَ الْقُرْآنَ يَحْسَبُوْنَ اَنَّهُ لَهُمْ وَهُوَ عَلَيْهِمْ لاَتَجَاوِزُ صَلاَتِهِمْ تَرَاقِيَهُمْ

“Akan keluar satu kaum (Khawarij) dari umatku yang membaca al-Quran, mereka menyangka bahawasanya diberi pahala untuk mereka padahal (kemurkaan Allah) atas mereka. Solat mereka pula tidak melepasi tenggorokan mereka”.
[3]

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam juga menggambarkan sikap serta sifat buruk Khawarij yang petah bercakap, berkarisma dalam berpidato, pandai bertikam lidah dan bermain hujah tetapi hati mereka kosong dari keimanan, lantaran mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka serta membelakangkan Kitabullah dan sunnah RasulNya apabila bertentangan dengan kepentingan, akal dan hawa nafsu mereka. Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

يُحْسِنُوْنَ الْقِيْلَ وَيَسِيْئُوِنَ الْفِعْلَ يَدْعُوْنَ اِلَى كِتَابِ اللهِ وَلَيْسُوْا مِنْهُ فِى شَيْىءٍ.

“Membaguskan perkataan tetapi buruk tingkahnya, mengajak kepada kitab Allah tetapi tidaklah mereka termasuk di dalamnya sedikitpun”.
[4]

Khawarij adalah nama yang diberikan kepada hizbi, golongan atau parti yang keluar dari jamaah, pemerintah atau penguasa Islam. Mereka mengwujudkan hizbi untuk menjatuhkan pemerintah atau pecah-belah sebagaimana yang dilakukan oleh Khawarij terhadap Khalifah Uthman dan Ali bin Abi Talib. Akibat dari pemberontakan tersebut berlaku pembunuhan Khalifah Uthman, kekecohan yang berpanjangan serta pemberontakan yang berlarutan sehingga ke pemerintahan Ali.

Dimasa kekhalifahan Ali, semakin bertambah kekejian Khawarij, mereka memisahkan diri dari jamaah Ali. Mereka merupakan kelompok pertama yang keluar dari Ahli as-Sunnah wal-Jamaah, mengkafirkan Ali serta para sahabat yang menyebelahi Ali kerana tidak secucuk dengan pemikiran dan manhaj mereka. Bahkan sikap keras dan pengkafiran mereka terhadap orang yang di luar kelompoknya terbukti dengan membunuh sahabat yang bernama Abdullah bin Khabab dan isterinya.

Jika difahami dari kandungan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam tentang Khawarij, akan terbukti bahawa Khawarij akan terus bermunculan sehinggalah keakhir zaman. Dan mereka akan sentiasa bertolong-tolongan dengan kuffar dan dajjal sebagaimana yang telah dikhabarkan oleh baginda:

سَيَخْرُجُ فِى آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ اَحْدَاثُ اْلاَسْنَانِ ، سُفَهَآءُ اْلاَحْلاَمِ يَقُوْلُوْنَ مِنْ خَيْرِ قَوْلِ الْبَرِّيَّةِ ، يَقْرَاُوْنَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُوْنَ مِنَ الدِّيْنِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهَمَ مِنَ الرَّمِيَّةِ

“Akan keluar pada akhir zaman satu kaum, umurnya masih muda, rosak pemikirannya, mereka berkata dari sebaik-baik perkataan makhluk. Membaca al-Quran tidak melebihi kerongkong mereka. Mereka terkeluar dari agama seperti terkeluarnya anak panah dari busurnya”.

[1] . H/R Ahmad (429) dan Nasaii (4104).[2] . H/R Bukhari (3610), Muslim (1064 dan Ahmad (224).[3] . H/R Muslim (1066).[4] . H/R Ahmad (224).

0 komentar:

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls