Kamis, 04 April 2013

Belajar Ilmu Tenaga Dalam Asbabul Hikmah Mandiri

Ilmu Tenaga Dalam Asbabul Hikmah

Ilmu ini hanya dapat berlaku untuk tujuan baik saja.
Jika anda tipe menuntut, jarang berbuat baik, egois, Ilmu ini tidak akan banyak faedahnya untuk anda.

Setelah menerima Manual ini ( yang telah saya isikan inisiasi tenaga dalam Asbabul Hikmah ), dan setelah anda niatkan menerima inisiasinya, maka anda bertanggung jawab terhadap penggunaan ilmu ini.

Ilmu ini memanfaatkan energi magnetis yang ada di sekitar daerah anda.

Manfaat Ilmu ini antara lain untuk perlindungan, pagar badan, mementalkan orang tanpa menyentuh (dengan emosi), pengobatan, pengasihan dan banyak sekali fungsi keilmuan yang dapat dilakukan dan tidak disebutkan dalam manual ini.


Cara memperkuat daya Ilmu Asbabul Hikmah , lakukan tiap hari, makin sering makin kuat energi Asbabul Hikmah dalam diri anda.

1. Santai di tempat terbuka
2. lihatlah pepohonan/ pohon pohon sekitar anda.
3. ucapkan “ Saya undang energi Asbabul Hikmah , bergetarlah , berpadulah dalam tubuhku ” ucapkan terus sebanyak mungkin, dan baru berhenti ketika anda melihat pepohonan yang tadinya diam mulai bergerak cukup kencang ditiup angin, ini pertanda ilmu anda mulai diperkuat dengan kekuatan Asbabul Hikmah .


Untuk mempengaruhi pikiran / tujuan baik.

1. santai
2. tuliskan nama orang dan tanggal lahir yang ingin anda pengaruhi pikirannya, bayangkan orang itu terus menerus, lebih baik lagi jika punya fotonya.
3. lingkari nama orang itu searah jarum jam dan ucapkan masuklah kekuatan Asbabul Hikmah mempengaruhi agar .... ( sebutkan tujuan anda ).


Membuat diri anda menarik.

1. santai.
2. Katakan “ bangkit lah kekuatan Asbabul Hikmah membuat diriku tampan/cantik”
3. dengan jari kelingking kiri, ludahi dan gunakan kelingking kiri untuk menandai chakra ajna anda / antara dahi.

Kendalikan Hujan

1. santai.
2. Katakan “ bangkitlah kekuatan Asbabul Hikmah” menghalau awan terjadinya hujan.
3. bayangkan pepohonan makin bergoyang ditiup angin..

Panggil orang yang lari dari rumah

1. siapkan 7 buah daun sirih dan 7 buah dupa.
2. katakan “bangkitlah kekuatan Asbabul Hikmah”
3. bakar dupa dan tusuk 7 buah daun sirih dalam 1 lidi.
4. sebutkan tujuan anda “ misalnya nama ..... tanggal lahir .... segera pulang ke alamat ......”
5. lakukan terus dalam 7 hari akan tampak hasilnya.


Pukulan maut.

Gunakan ketika dalam keadaan berbahaya atau terdesak.

1. sebelum memukul, ucapkan bangkitlah kekuatan Asbabul Hikmah .
2. tarik nafas dan kempeskan perut.
3. tiuplah ke telapak tangan anda.
4. sebelum memukul tarik nafas dan kempeskan perut, pas memukul lepaskan nafas dan besarkan perut.
5. jangan digunakan untuk menganiaya anak kecil dan orang lemah .


Pengobatan

1. cari bunga melati.
2. ucapkan bangkitlah kekuatan Asbabul Hikmah .
3. lalu ambil air matang 1 gelas
4. hembuskan nafas anda dan masukkan melati (7 buah) ke dalam gelas.
5. minumkan pada orang yang sakit dan sebagian airnya siramkan atau basuhkan kebagian tubuh orang yang sakit.
6. lakukan itu terus menerus tiap hari, biasanya dalam 7 hari atau kelipatan 7 hari akan tampak hasilnya.


Masuk alam gaib.
Anda harus siap mental dalam melakukan hal ini.

1. siapkan dupa di kamar anda
2. ucapkan kekuatan Asbabul Hikmah bangkit
3. lalu afirmasikan “ saya masuk alam gaib” bakar dupa .. ucapkan terus masuk alam gaib masuk alam gaib .. )dapat juga diganti dengan kata Allah ( untuk mohon perlindungan kepada NYA ).
4. lama kelamaan suasana ruangan akan berubah kuning..
5. ketika semuanya kuning.. berarti anda telah berada di alam gaib.


Membuat ucapan terjadi..

1. lakukan ini jam 12 malam.
2. ucapkan bangkitlah kekuatan Asbabul Hikmah .
3. ucapkan keinginan anda
4. meludahlah ke kiri 3 kali dan ke kanan 3 kali.
5. lakukan sesering mungkin

ilmu ini sangat ampuh, hati hatilah dalam perkataan, karena akan sering terjadi.. jangan digunakan untuk kejahatan..



Terima Kasih

Semoga bermanfaat bagi anda.

Senin, 11 Maret 2013

Siapakah Yang Digolongkan Sebagai Khawarij?

Siapakah Yang Digolongkan Sebagai Khawarij?

Sikap, perbuatan, tindakan dan sifat buruk Khawarij telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di dalam beberapa sabda baginda, antaranya ialah:

عَنْ اَبِيْ بَرْزَةَ اَنَّهُ قِيْلَ لَهُ : هَلْ سَمِعْتَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْكُرُوْنَ الْخَوَارِجِ ؟ فَقَالَ : نَعَمْ . سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِاُذُنِيْ وَرَاَيْتُهُ بِعَيْنَيْ اُتِيَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَالٍ فَقَسَمَهُ فَاَعْطَى مَنْ عَنْ يَمِيْنِهِ وَمَنْ عَنْ شِمَالِهِ وَلَمْ يُعْطَ مَنْ وَرَاءَ هُ شَيْئًا ، فَقَامَ رَجُلٌ مِنْ وَرَائِهِ فَقَالَ : يَا مُحَمَّدُ مَا عَدَلْتَ فِى الْقِسْمَةِ ، رَجُلٌ اَسْوَدُ مَطْمُوْمُ الشَّعْرِ ، عَلَيْهِ ثَوْبَانِ اَبْيَضَانِِ . فَغَضِبَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَضَبًا شَدِيْدًا وَقَالَ : وَاللهِ لاَ تَجِدُوْنَ بَعْدِي رَجُلاً هُوَ اَعْدَلُ مِنِّيْ ؟ . ثَمَّ قَالَ : يَخْرُجُ فِى آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ ، كَاَنَّ هَذَا مِنْهُمْ ، يَقْرَؤُوْنَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ ، يَمْرُقُوْنَ مِنَ اْلاِسْلاَمِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ سِيْمَاهُمْ التَّحْلِيْقُ لا َيَزَالُوْنَ يَخْرُجُوْنَ حَتَّى يَخْرُجُ آخِرُهُمْ مَعَ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ ، فَاِذَا لَقِيْتُمُوْهُمْ فَاقْتُلُوْهُمْ هُمْ شَرُّ الْخَلْقِ وَالْخَلِيْقَةِ.

“Dari Abu Barzah beliau ditanya: Apakah engkau mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda tentang Khawarij? Ia menjawab: Ya, aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda dengan telingaku dan melihat dengan mataku! Baginda datang dengan membawa harta, lalu baginda membahagi-bahagikannya. Maka baginda memberi kepada orang-orang yang berada di sebelah kanan dan kirinya dan tidak memberikan kapda orang-orang yang berada di belakang baginda sedikitpun. Berdirilah seorang yang berada di belakang baginda lantas berkata: Wahai Muhammad, engkau tidak adil dalam pembahagian! Dia adalah seorang lelaki yang berkulit hitam dengan rambut yang dicukur gondol dan memakai dua baju putih. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam marah dengan kemarahan yang bersangatan, kemudian bersabda: Demi Allah, kamu tidak akan mendapat seorang setelahku yang lebih adil daripadaku! Kemudian baginda bersabda lagi: Akan muncul pada akhir zaman suatu kaum seolah-olah ia dari mereka (orang-orang yang menentang kepimpinan Rasulullah). Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melebihi tenggorokan mereka, terlepas dari Islam seperti terlepasnya anak panah dari busurnya, ciri-ciri mereka ialah bercukur gondol, mereka akan sentiasa bermunculan sehingga akan keluar orang yang terakhir bersama al-Masih ad-Dajjal. Jika kamu menemui mereka maka bunuhlah mereka. Mereka seburuk-buruk makhluk dan ciptaan”.
[1]

Antara ciri-ciri besar Ikhwanul Muslimin yang diwarisi dari Khawarij ialah suka membantah, menyalahkan dan menuduh pemimpin serta orang-orang di luar kelompok mereka yang tidak disenangi sebagai tidak adil, malah dihukum kafir secara mutlak kerana mereka mendakwa pemimpin dan orang-orang di bawahnya tidak mahu berhukum dengan hukum Allah. Semua sifat-sifat Khawarij seperti mentauhidkan hukum (tauhid hakimiyah) telah digambarkan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam di dalam sabda baginda:

عَنْ اَبِيْ سَعِيْدِ الْخُدْرِيِّ قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وهُوَ يَقْسِمُ قِسْمًا اَتَاهُ ذُوْ الْخُوَيْصِرَةِ وَهُوَ رَجُلٌ مِنْ بَنِيْ تَمِيْمِ فَقَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ اِعْدِلْ . قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلِيْهِ وَسَلَّمَ : وَيْلَكَ وَمَنْ يَعْدِلْ اِنْ لَمْ اَعْدِلْ؟ قَدْ خِبْتُ وَخَسِرْتُ اِنْ لَمْ اَعْدِلُ ؟ فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ ! آئِذَنْ لِيْ فِيْهِ اَضْرِبُ عُنُقَهُ . قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: دَعْهُ فَاِنَّ لَهُ اَصْحَابًا يَحْقِرُ اَحَدُكُمْ صَلاَتَهُ مَعَ صَلاَتِهِمْ ، وَصِيَامُهُ مَعَ صِيَامِهِمْ ، يَقْرَؤُوْنَ الْقُرْآنَ لاَيُجَاوِزُ تَرَاقِيُهُمْ يَمْرُقُوْنَ مِنَ الْلاِسْلاَمِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهَمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ.

“Dari Abi Sa’id al-Khudri berkata: Ketika kami bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di suatu ketika beliau sedang membahagi-bahagikan beberapa pembahagian. Datanglah kepada baginda Zul Khuwaisirah dari Bani Tamim dan berkata: Wahai Rasulullah berlaku adillah! Baginda bersabda: Celaka engkau! Siapakah yang akan berlaku adil jika aku tidak adil, dosalah aku dan merugilah jika aku tidak berlaku adil? Maka Umar al-Khattab berkata: Wahai Rasulullah, izinkan aku untuk memenggal lehernya! Baginda bersabda: Biarkan dia, kerana dia mempunyai teman-teman yang salah seorang antara kamu akan diremehkan solatnya jika dibandingkan dengan salat mereka, dan puasanya jika dibandingkan dengan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkong mereka, mereka terlepas dari Islam sebagaimana terlepasnya anak panah dari busurnya”.
[2]

Orang-orang Khawarij, pengikut serta pentaklid fahaman ini kuat ibadahnya, kelihatan zuhud, banyak membaca al-Quran dan melakukan solat tetapi mereka masih dimurkai Allah ‘Azza wa-Jalla. Perihal dan sifat mereka telah digambarkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

يَخْرُجُ قَوْمٌ مِنْ اُمَّتِيْ يَقْرَؤُوْنَ الْقُرْآنَ يَحْسَبُوْنَ اَنَّهُ لَهُمْ وَهُوَ عَلَيْهِمْ لاَتَجَاوِزُ صَلاَتِهِمْ تَرَاقِيَهُمْ

“Akan keluar satu kaum (Khawarij) dari umatku yang membaca al-Quran, mereka menyangka bahawasanya diberi pahala untuk mereka padahal (kemurkaan Allah) atas mereka. Solat mereka pula tidak melepasi tenggorokan mereka”.
[3]

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam juga menggambarkan sikap serta sifat buruk Khawarij yang petah bercakap, berkarisma dalam berpidato, pandai bertikam lidah dan bermain hujah tetapi hati mereka kosong dari keimanan, lantaran mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka serta membelakangkan Kitabullah dan sunnah RasulNya apabila bertentangan dengan kepentingan, akal dan hawa nafsu mereka. Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

يُحْسِنُوْنَ الْقِيْلَ وَيَسِيْئُوِنَ الْفِعْلَ يَدْعُوْنَ اِلَى كِتَابِ اللهِ وَلَيْسُوْا مِنْهُ فِى شَيْىءٍ.

“Membaguskan perkataan tetapi buruk tingkahnya, mengajak kepada kitab Allah tetapi tidaklah mereka termasuk di dalamnya sedikitpun”.
[4]

Khawarij adalah nama yang diberikan kepada hizbi, golongan atau parti yang keluar dari jamaah, pemerintah atau penguasa Islam. Mereka mengwujudkan hizbi untuk menjatuhkan pemerintah atau pecah-belah sebagaimana yang dilakukan oleh Khawarij terhadap Khalifah Uthman dan Ali bin Abi Talib. Akibat dari pemberontakan tersebut berlaku pembunuhan Khalifah Uthman, kekecohan yang berpanjangan serta pemberontakan yang berlarutan sehingga ke pemerintahan Ali.

Dimasa kekhalifahan Ali, semakin bertambah kekejian Khawarij, mereka memisahkan diri dari jamaah Ali. Mereka merupakan kelompok pertama yang keluar dari Ahli as-Sunnah wal-Jamaah, mengkafirkan Ali serta para sahabat yang menyebelahi Ali kerana tidak secucuk dengan pemikiran dan manhaj mereka. Bahkan sikap keras dan pengkafiran mereka terhadap orang yang di luar kelompoknya terbukti dengan membunuh sahabat yang bernama Abdullah bin Khabab dan isterinya.

Jika difahami dari kandungan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam tentang Khawarij, akan terbukti bahawa Khawarij akan terus bermunculan sehinggalah keakhir zaman. Dan mereka akan sentiasa bertolong-tolongan dengan kuffar dan dajjal sebagaimana yang telah dikhabarkan oleh baginda:

سَيَخْرُجُ فِى آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ اَحْدَاثُ اْلاَسْنَانِ ، سُفَهَآءُ اْلاَحْلاَمِ يَقُوْلُوْنَ مِنْ خَيْرِ قَوْلِ الْبَرِّيَّةِ ، يَقْرَاُوْنَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُوْنَ مِنَ الدِّيْنِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهَمَ مِنَ الرَّمِيَّةِ

“Akan keluar pada akhir zaman satu kaum, umurnya masih muda, rosak pemikirannya, mereka berkata dari sebaik-baik perkataan makhluk. Membaca al-Quran tidak melebihi kerongkong mereka. Mereka terkeluar dari agama seperti terkeluarnya anak panah dari busurnya”.

[1] . H/R Ahmad (429) dan Nasaii (4104).[2] . H/R Bukhari (3610), Muslim (1064 dan Ahmad (224).[3] . H/R Muslim (1066).[4] . H/R Ahmad (224).

Khawarij Menggemari Perpecahan

Khawarij Menggemari Perpecahan

Khawarij tidak akan menentang atau memerangi orang-orang kafir, tetapi mereka lebih membenci dan memusuhi orang-orang Islam terutamannya yang tidak sealiran dengan pemikiran mereka. Khawarij lebih gemar menentang dan memerangi orang Islam yang benar-benar berpegang dengan manhaj Salaful Ummah. Kenyataan ini telah disabdakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

يَقْتُلُوْنَ اَهْلَ اْلاِسْلاَمِ وَيَدْعُوْنَ اَهْلَ اْلاَوْثَانِ.

“(Khawarij) akan membunuh orang Islam dan meninggalkan (membiarkan) penyembah berhala”.
[1]

Sejarah Khawarij lebih dipenuhi dengan keganasan dan pembunuhan terhadap orang-orang Islam dan pemimpinnya. Mereka telah memerangi dan membunuh kaum muslimin dan membunuh Khalifah Ali bin Abi Talib, Zubair bin Awwam dan sahabat-sahabat pilihan. Mereka akan terus mengecoh, memfitnah dan membunuh kaum muslimin kerana kekeringan ilmu. Oleh kerana itu, al-Allamah Ibnu Qayyim rahimhullah menegaskan dalam mensifatkan golongan Khawarij:

وَلَهُمْ نُصُوْصٌ قَصَّرُوْا فِى فَهْمِهَا * فَاُتُوْا مِنَ التَّقْصِيْرِ فِى الًعِرْفَانِ

“Mereka menghafal nas-nas namun dangkal pemahamannya # Sehingga mereka diberi kekurangan dalam ilmunya”.

Khawarij dulu dan sekarang gemar bertikam lidah, berbolak-balik dan bermain-main dengan nas-nas al-Quran atau hadis yang berkaitan ancaman bagi pelaku maksiat dan dosa besar, kerana mereka tidak memahami maknanya, tidak mahu kembali kepada tafsiran Salaf as-Soleh, tidak mahu kembali kepada nas-nas lain yang terdapat janji Allah tentang adanya pengampunan dan taubat bagi Si Pelaku maksiat selain kesyirikan.

Khawarij hanya mengambil satu bahagian dari agama dan meninggalkan bahagian-bahagian yang lain yang lebih penting dan utama kerana kejahilan mereka yang keterlaluan. Sebenarnya rasa semangat terhadap agama dan ingin melaksanakan tuntutannya yang berkobar-kobar tidak mencukupi kerana keduanya harus berlandaskan ilmu supaya setiap perkara dapat diletakkan pada tempat yang sewajarnya.

Bersemangat terhadap agama adalah baik tetapi mestilah dibimbing oleh para ulama melalui pengajian al-Kitab dan as-Sunnah. Kerana tidak ada yang lebih bersemangat terhadap agama dan banyak nasihatnya terhadap kaum muslimin selain daripada para sahabat. Walaupun demikian, para sahabat tetap menolak, menentang dan membunuh Khawarij kerana mereka tahu bahaya dan buruknya Si Khawarij. Contohnya, Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu dan para sahabat memerangi Khawarij, kemudian membunuh mereka dengan seburuk-buruk pembunuhan pada peristiwa “Hanran”. Peristiwa tersebut sebagai bukti kejinya Khawarij pada pandangan para sahabat. Khawarij terkenal lantaran sikap dan pendirian mereka yang menghalalkan darah dan harta kaum muslimin yang berada di luar kelompok mereka. Tindakan para sahabat membunuh Khawarij demi untuk menghapuskan mereka, memadamkan keganasan dan pengaruh mereka yang membahayakan pemerintah dan rakyat.

Begitu juga tindakan para sahabat memerangi Khawarij adalah bertujuan untuk merebut ganjaran yang dijanjikan oleh Allah dan RasulNya. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah memberikan khabar gembira dengan kebaikan dan syurga bagi sesiapa sahaja yang membunuh Khawarij. Baginda bersabda:

يَأْتِيْ فِى آخِرِ الزَّمَانِ ، قَوْمٌ حُدَثَاءُ اْلاَسْنَانِ ، سُفَهَاءُ اْلاَحْلاَمِ ، يَقُوْلُوْنَ مِنْ خَيْرِ قَوْلِ الْبَرِيَّةِ ، يَمْرُقُوْنَ مِنَ اْلاِسْلاَمِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ ، فَإِنَّمَا لَقِيْتُمُوْهُمْ فَاقْتُلُوْهُمْ ، فَإِنَّ فِيْ قَتْلِهِمْ أَجْرًا لِمَنْ قَتَلَهُمْ يَوْمَ الْقَيَامَةِ.

“Akan muncul di akhir zaman suatu kaum yang muda belia, akalnya rosak, mereka berucap dengan sebaik-baik pencinta (al-Quran), iman mereka tidak sampai melebihi tenggorokan mereka, mereka terlepas dari agama sebagaimana lepasnya anak panah dari busurnya. Di mana sahaja kamu menemui mereka, bunuhlah mereka, kerana sesungguhnya dalam pembunuhan terhadap mereka terdapat pahala di akhirat bagi orang yang membunuh mereka”.
[2]

Ali bin Abi Talib telah membunuh Khawarij untuk mencegah kejahatan mereka terhadap kaum muslimin. Wajib bagi kaum muslimin disetiap zaman sedaya yang termampu menghapuskan golongan Khawarij dengan cara menyeru mereka ke jalan Allah, sebagaimana Ali pernah mengutus kepada Khawarij anak pamannya iaitu Abdullah bin Abbas, orang yang paling alim dan penafsir al-Quran untuk berbincang dengan mereka. Berkat pertolongan Allah, kembali bersama dan taat kepada Khalifah Ali sejumlah 6000 orang. Bakinya yang tidak kembali ke jalan kebenaran, diperangi oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib berserta para sahabat untuk mencegah kejahatan dan gangguan mereka terhadap kaum muslimin.
[3]

Oleh itu, jika Khawarij menentang pemerintah dan rakyat, maka pemerintah wajib membunuh Khawarij untuk menolak dan menghapuskan niat serta kejahatan yang sentiasa mereka rancangkan, sebagaimana yang dilakukan oleh Khalifah Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu demi mentaati perintah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan menyelamatkan umat dari bala fitnah Khawarij.


[1] . H/R Bukhari (7432). Muslim (1064). an-Nasaii (2577). Abu Daud (7464)
dan ath-Thayalisi (2234).
[2] . H/R Bukhari dan Muslim.[3] . Semua teks dalam tajuk “Siapakah Yang Dinamakan Khawarij” ini dinukil (disalin) dari kitab “Lamhah ‘Anil Firaq ad-Dhalalah”. Oleh Syeikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan.

Pengertian Politik (Siyasah)

Politik yang dalam Bahasa Arab disebut “Siyasah”. Secara harfiyahnya dapat dimaksudkan sebagai mengurus, mengendali atau memimpin sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
كَانُوْا بَنُوْا اِسْرَائِلَ يَسُوْيُهُمْ اَنْبَيَاءُ هُمْ.

“Adapun Bani Israil dipimpin oleh para nabi mereka”.
[1]

Secara syarie pula politik (siyasah) diertikan sebagai mengelola segala kepentingan rakyat terutamanya dalam ruang yang melingkupi negara atau masyarakat. Ia dilaksanakan dengan cara-cara yang dapat menjamin terealisasinya kemaslahatan umum dan menghindarkan segala macam kerugian dengan jalan yang tidak melanggar syariat Islamiyah melalui kaedah-kaedah asasinya, sekalipun tidak sejalan dengan pendapat para tokoh mujtahid.
[2]

Termasuk yang dimasukkan ke bidang politik (siyasah) ialah hukum ahkam (juga perundangan) pemerintah, pengadilan, selok-belok kementerian, lembaga-lembaga pemerintah, urusan ketenteraan (termasuk kepolisan) dan sebagainya.
[3]

Antara seruan dakwah yang diperjuangkan dalam gerakan Ikhwanul Muslimin ialah berpolitik atau bersiyasah. Politik adalah antara sasaran dan tujun utama dalam pertubuhan ini. Malangnya kegopohan, kerakusan dan ditambah dengan kemuflisan tokoh mereka dalam ilmu-ilmu siyasah as-Syariyah dan asyik mempromosikan jenama politik masing-masing, ianya telah memberikan kesan yang negatif kepada pertubuhan ini dan kepada semua gerakan-gerakan yang pro Ikhwanul Muslimin di Mesir yang menjadi kubu gerakan ini dan di negara-negara yang lainnya. Kegiatan politik tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin pula telah dicemari dengan berbagai-bagai bentuk bid’ah yang disangka Islami, sama ada bid’ah ala Khawarij, neo Muktazilah atau sekular. Akibatnya, selain menimbulkan perpecahan ia juga memunculkan keganasan diberbagai-bagai negara, sama ada negara Islam atau negara kuffar.

Antara tokoh-tokoh mereka yang mencampur-adukkan antara siyasah as-syariyah (siyasah Islamiyah) dengan siyasah taghutiyah ialah Yusuf al-Qaradhawi yang meyamakan Islam dengan demokrasi, Muhammad al-Gahazali yang menganggap siyasah Isytirakiyah (sosialis) itu Islam dan Islam itu adalah sosialis dan laungan Hasan al-Bana yang menjadikan pemikiran sufisme dan ekonomi kapitalisme sebagai dasar pentarbiahan siyasah yang diperjuangkannya.

Menurut hukum syara dan kesepakatan ahli limu, bahawa para pemimpin (Ulil Amri) yang mampu berijtihad untuk melakukan kebajikan politik (siyasah syariah) tidak terikat pada pendapat para imam terdahulu. Kerana kebajikan politik adalah usaha untuk mengwujudkan kepentingan umum (rakyat) yang tidak ditetapkan secara khusus oleh agama, sebaliknya hanya diberikan pendoman secara umum. Contohnya, penulisan al-Quran dalam satu mushaf pada masa Khalifatur Rasyidin. Semua catitan ayat-ayat al-Quran lainnya dibakar setelah mushaf sempurna ditulis.
[4] Perkara ini dilakukan berdasarkan prinsip kepentingan umum yang tidak melanggar hukum-hukum syara.

Ibnu Nujaim rahimahullah berkata:

“Politik (siyasah) secara syarie atau akli (akal), disepakati wajib hukumnya”,
[5]

Ini bermakna semua orang yang beriman terlibat dalam masalah siyasah. Lantaran masalah kehidupan manusia tidak akan berjalan dengan teratur tanpa adanya siyasah, pemimpin dan kepimpinan, sama ada pemimpin tersebut adil atau zalim, maka ada kebenarannya apa yang terungkap di dalam sebuah kata-kata hikmah yang telah menyebutkan:

“Sultan (pemimpin/pemerintah) yang zalim lebih baik dari pada kekacauan (huru-hara) yang berterusan (lantaran ketiadaan pemimpin)”.
[6]

Syeikhul Islam Imam Ibn Taimiyah rahimahullah berkata:

“Seseorang itu sewajarnya mengetahui bahawa mengurus (mengatur) persoalan kehidupan manusia merupakan kewajiban agama yang tertinggi, malah agama dan dunia tidak akan sempurna tanpa siyasah”.
[7]

Sememangnya manusia tidak berdaya mengurus kepentingan mereka dengan baik jika tidak dibantu dan bersatu di bawah satu daulah, satu siyasah dan seorang pemimpin atau pemerintah. Kewajipan amar makruf dan nahi mungkar tidak akan terlaksana dengan sempurna tanpa adanya kekuatan, tunjangan dan kerjasama melalui siyasah dan kepemimpinan (pemerintah).

Tetapi para tokoh Ikhwanul Muslimin mendidik para pengikutnya agar tidak mendampingi pemerintah dan tidak bekerjasama dengan pemerintah, kecuali ada tujuan-tujuan tertentu atau kerana muslihat. Sebaliknya mereka menubuhkan hizbi-hizbi untuk menggulingkan pemimpin yang ada dengan alasan tidak berhukum dengan hukum Allah.

Para ulama sewajarnya bersatu di bawah naungan pemimpin untuk membantu penguasa atau pemerintah beramar makruf dan nahi mungkar. Ulama dan pemerintah umpama mata wang yang tidak boleh dipisahkan walaupun sesebuah negara atau pemerintahan tersebut belum melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya. Dasar ini berbeza dengan prinsip pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin terutamanya Sayid Qutub. Beliau mengkafirkan pemerintah selagi tidak berhukum dengan hukum Islam. Pengkafiran Sayid Qutub ternyata hanya beralasan dengan teori Tauhid Hakimiyah yang diwarisi dari pemikiran Khawarij berbaur dengan falsafah dan pemikiran Muktazilah.

Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah mencontohkan pendidikan (tarbiyah) yang terbaik untuk umatnya dalam mensikapi pemerintah. Baginda menjelaskan hakikat perkara ini dengan sabdanya:

اِنَّ السُّلْطَانَ ظِلُّ اللهَ فِى اْلاَرْضِ فَمَنْ اَهَانَهُ اَهَانَهُ اللهُ وَمَنْ اَكْرَمَهُ اَكْرَمَهُ الله.
“Sesungguhnya seorang pemerintah itu adalah naungan Allah di bumi, sesiapa menghinanya maka Allah akan menghina dia dan sesiapa yang memuliakannya, nescaya Allah akan memuliakan dia”.
[8]

لا تَسُبُّوْا اُمَرَاءَكُمْ وَلاَ تَغِشُّوْهُمْ وَلاَ تَبْغَضُوْاهُمْ وَاتَّقُوْا الله وَاصْبِرُوْا فَاِنَّ اْلاَمْرَ قَرِيْبٌ.

“Janganlah kamu mencela pemimpin-pemimpin kamu, janganlah kamu dengki kepada mereka dan janganlah kamu membenci mereka, bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya perkaranya adalah dekat”.
[9]

Kewajipan setiap orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasulnya untuk menegakkan Islam di setiap sudutnya, hanyalah mengambil contoh yang datangnya dari apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan bukannya dari Ikhwanul Muslimin. Sejak ditubuhkan Ikhwanul Muslimin tidak pernah berjaya dalam apapun perjuangan yang mereka perjuangkan kerana perjuangan dan dakwah mereka adalah demi menegakkan bendera sufi, siyasah, ekonomi, kesatuan, daulah dan berbagai-bagai falsafah aklani (bertunjangkan akal). Sebaliknya orang-orang yang beriman dan yang bermanhaj Salaf as-Soleh memula dan mengutamakan dakwah mereka dengan menegakkan bendera akidah tauhid, kemudian barulah hal-hal furu’iyah. Kerana tidak pernah ada seorangpun nabi atau rasul yang memulakan dakwah mereka dengan mendahulukan falsafah pemikiran, sufi, pluralisma agama, ekonomi, merebut daulah atau siyasah sehingga mengabai dan membiarkan berbagai-bagai jenis kesyirikan terus berleluasa.

Ketahuilah bahawa kesemua para nabi dan rasul memulakan dakwah mereka dengan seruan dakwah untuk menegakkan akidah tauhid dan memerangi segala bentuk kesyirikan sebagaimana yang dilakukan oleh para pendakwah yang bermanhaj Salaf as-Soleh dari dahulu sehingga ke hari kiamat, kerana itulah sebenarnya tujuan utama para nabi dan para rasul diutus kepada umatnya. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla di dalam al-Quran:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَّسُوْلٍ إِلاَّ نُوْحِيْ إِلَيْهِ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنَا فَاعْبُدُوْنِ.

“Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku”. 
[10]

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala sentiasa menganugerahkan para tokoh Ikhwanul Muslimin, para pengekornya dan kita semua kebahagiaan di dunia dan di akhirat, diberi ilmu yang bermanfaat agar tidak menjadi golongan muflisin, diselamatkan dari berbagai-bagai bid’ah dan kesyirikan. Dan mudah-mudahan juga kita semua dimatikan dalam keadaan husnul khatimah. Amin!
[1] . H/R Bukhari dan Muslim.[2] . Lihat: Madarikun Nadar fis Siyasah. Syeikh Abdul Malik al-Jazair. Tahqiq
Syeikh Nasruddin al-Albani.
[3] . Lihat: al-Ahkamus Sultaniyah. Mawardi.[4] . Lihat: I’lamul Muaqiin.[5] . Lihat: Madarikun Nadar Fi Siyasah. Hlm. 14.[6] . Lihat: Raudhatul Uqala. Hlm. 270.[7] . Lihat: Madarikun Nadar Fis Siyasah. Hlm. 14.[8] . Hadis sahih riwayat Ibnu Abi ‘Asim, Ahmad, at-Thayalisi, Turmizi dan Ibnu
Hibban. Disahihkan juga oleh Syeikh al-Albani dalam “ad-Dhilal (1017) dan
(1023) dan lihat: as- Sahih (2297)..
[9] . Hadis sahih riwayat Ibnu Abi ‘Asim. Disahihkan oleh al-Albani.
Lihat: ad-Dhilal, hlm. 474 (1015).
[10] . al-Anbia. 21:25.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls